Tempat menarik di Cameron Highlands

Forum Local Traveller Tempat menarik di Cameron Highlands

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Farid Farid 1 year, 1 month ago.

  • Author
    Posts
  • #744
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    1.CAMERON VALLEY TEA HOUSE

    Antara Cafe terawal kita jumpa kalau naik dari Tapah. Dah penat naik pusing pusing singgah minum teh dulu.

    Memang best minum teh tarik sini sambil tengok view ladang teh yang luas. Tak jemu mata memandang.

    Boleh kata teh tarik sini sedap. Kalau nak jalan jalan ke ladang teh pun boleh FREE sahaja.

     

    1. BOH CENTER SUNGAI PALAS

    Yang ini kena drive ke dalam sikit dan skill driving kena power sebab jalan sempit bengkang bengkok di tepi cerun bukit.

    View sepanjang jalan adalah ladang teh. Memang cantik. Cengginii haa ????

    Sampai tempat parking kita kena mendaki sikit naik ke atas untuk ke tempat BOH tu. Boleh tahan penat jugak ?.

    Dekat atas tu ada Cafe, kedai jual produk BOH, infomasi cara memproses daun teh dari daun sampai lah ke serbuk.

    Dan boleh tengok secara LIVE dengan melawat ke kilang prosesnya. Masuk PERCUMA saja.

    View di BOH center ni kena pandai cari angle sebab waktu saya datang banyak daun teh yang sudah warna coklat. Mungkin dalam proses untuk tanam yang baru.

     

    1. MARDI.

    Mardi ni tempat dia luas. Lebih kepada tanaman yang MARDI tanam.

    Contoh macam anggur, strawberry, Epal, bunga ros,dan macam macam lagi tanaman yang sesuai dengan suhu sejuk.

    Siap ada surau, tandas dan beberapa kemudahan lain.

    Cantik untuk tangkap gambar sebab banyak jenis tanaman yang kita jarang jarang jumpa, ada dekat sini.

    FEE: RM 6 untuk dewasa. Budak tak ingat pasal tak bawak budak heee.

     

    1. TAMAN AGRO TOURISM

    Lebih kurang macam MARDI tapi sini lebih padat dengan tanaman sayur dan juga bunga.

    Nampak fresh dengan warna salad yang hijau dan juga warna bunga yang macam macam warna.

    Masuk PERCUMA.

     

    1. LAVENDER FARM.

    Siapa suka warna purple ini lah syurga diorang. Memang cantik.

    Dia bukan tanam lavender saja banyak lagi jenis bunga warna lain.

    Sini juga banyak angle yang cantik untuk tangkap gambar.

    FEE: RM 10

     

    1. TAMAN SEDIA

    Sini ramai penduduk melayu. Banyak strawberry farm milik bumiputra. Kalau nak makan breakfast atau nasi berlauk boleh cari dekat sini.

    Tempat lain serius susah nak dapat nasi berlauk.

    Macam saya breakfast di Cafe Abang Strawberry. Support kawan punya bisnes. Yang special nya ada sambal strawberry. Sedap. Boleh try ?

    Sini juga boleh petik buah strawberry. Ada FEE tapi tak ingat berapa. Sebab tak masuk pun haritu sebab pernah masuk dulu.

    Selain Abang Strawberry ada cafe YZ strawberry farm. Yang best nya ada aiskrim malaysia strawberry. Sedap gilaaa rugi kalau tak cuba.

    Tempat lain ada tapi tak sesedap dekat sini.

     

    1. TIME TUNNEL.

    Ini bukan ladang tanaman atau sayuran.

    Sini koleksi barangan lama. Siapa suka barangan antik atau nak menggamit memori zaman kanak kanak boleh singgah sini.

    FEE RM 6 tak silap. Murah saja tapi berbaloi.

    Boleh tengok gambar contoh barang lama yang ada di sini.

     

    1. Tempat MAKAN di WAKTU MALAM.

    Malam di Cameron macam tak tahu nak jalan mana sangat. Sebab dekat sini majoriti tutup awal. Pukul 6 or 7 banyak cafe cafe dah tutup.

    Jadi malam famous dengan STEAMBOAT & GRILL. Yelah sejuk sejuk memang best makan makanan panas.

    Banyak tempat steamboat yang kami nampak. Tapi kami pilih ke STEAMBOAT ABANG STRAWBERRY. Support member ??

    Lokasi dia Belakang stesen bas Tanah Rata. Boleh pakai waze. Rate harga standard lah makan steamboat. Kat tempat lain.

     

    1. Beli belah barangan dari Cameron.

    Kalau pergi cameron mesti nak beli buah tangan untuk bawak balik.

    Boleh jalan jalan ke KEA FARM, sini memang deretan gerai jual sayur sayur dari cameron dan juga buah strawberry. Buka setiap hari.

    So kena pandai lah survey harga dulu. Takdelah dah beli strawberry gerai ni RM 25 lepas tu jalan depan sikit tengok tengok gerai sebelah jual RM 20 ?Kan dah sakit hati tu heheh.

    1 benda special dekat KEA Farm ni strawberrt coklat dia. Cari di bahagian awal awal masuk. Mesti try.

     

    1. TEMPAT TEMPAT cantik untuk tangkap gambar.

    Haritu viral hotel smurf inn di Cameron cantik sangat. Ya memang cantik.

    Sebenarnya kita boleh masuk tempat tempat cantik macam tu tak perlu check in ataupun bayar.

    Cakap saja pada guard nak tangkap gambar. Diorang faham sangat.

    Dan kalau nampak tempat cantik just singgah kejap untuk snap picture 2 3 keping and jalan. Itu lah yang kami buat sepanjang di sana.
    .
    .
    Ok ini antara pengalaman saya bercuti ke Cameron Highland Khamis lepas. Saya pergi 2 hari 1 malam. Pergi empat orang saja.

    Saya nak kongsikan tips tips lain contoh macam hotel, berapa budget, apa yang perlu bawa, dan juga jenis pakaian yang sesuai untuk di pakai.

    Kalau korang nak saya kongsikan, just komen NAK dekat bawah. Sebab kalau ramai nak baca baru saya share ?

    So thanks for reading until here and enjoy click on the picture. Jumpa lagi ?

    ref https://www.facebook.com/nurfadhilah.abdrani

     

You must be logged in to reply to this topic.