Tasik Kenyir kekal sebagai pusat pelancongan patuh syariah

Forum General Discussion Tasik Kenyir kekal sebagai pusat pelancongan patuh syariah

This topic contains 2 replies, has 3 voices, and was last updated by juong juong 1 year, 2 months ago.

  • Author
    Posts
  • #755
    Zen
    Zen
    Participant
    • Super Traveler
    • ★★★

    Pewartaan rasmi Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dibuat pada 27 Jan 2017 melibatkan kawasan seluas 65,650 hektar merangkumi kawasan air (tasik), 339 pulau dan Pengkalan Gawi. – Wikipedia

    tasik kenyir

    KUALA BERANG: Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang kerajaan Terengganu untuk terus mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan patuh syariah.

    Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan sedemikian mungkin dianggap ‘tidak popular’ namun perlu dipertahankan demi menjaga sensiviti rakyat dan agama.

    “Keghairahan menarik kedatangan pelancong tidak bermaksud kita boleh melanggar syariat Islam dengan mempromosikan aktiviti yang tidak sepatutnya di Tasik Kenyir,” katanya kepada Bernama di sini.

    Beliau berhasrat menjadikan Tasik Kenyir lokasi pelancongan pilihan orang Islam seluruh dunia dan beliau mahu aktiviti pelancongan yang dirangka mengekalkan ciri warisan Terengganu.

    Mengakui hasrat itu tidak mudah namun beliau yakin ia akan dapat dicapai jika semua pihak berganding bahu bekerjasama meletakkan Tasik Kenyir ini dalam peta pelancongan dunia.

    “Penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang membuktikan ketamadunan awal Islam di Hulu Terengganu dan Tasik Kenyir adalah sebahagian daripadanya. Loghat daerah dalam pertuturan harian penduduknya juga berdasarkan hukum dalam bacaan (qiraat) al Quran.

    “Ini antara keistimewaan Tasik Kenyir yang boleh kita promosikan untuk menarik kedatangan pelancong Islam,” kata Ahmad Razif.

    Tasik Kenyir diisytiharkan sebagai zon bebas cukai pada 14 Dis 2015 melalui kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Zon (PBZ).

    Pewartaan rasmi Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir dibuat pada 27 Jan 2017 melibatkan kawasan seluas 65,650 hektar merangkumi kawasan air (tasik), 339 pulau dan Pengkalan Gawi.

    “Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini akan saling melengkapi tarikan pelancongan sedia ada seperti menjelajah Tasik Kenyir , Santuari Kelah, Kampung Konservasi Gajah Kenyir dan kerajaan negeri fokus untuk terus menjadikan Tasik Kenyir destinasi premium dan ‘destinasi wajib lawat’ di Terengganu,” katanya.

    Kerajaan negeri menyasarkan seramai 750,000 pelancong sebelum akhir tahun ini dan mengikut rekod jumlah pengunjung pada Januari hingga Jun 2017 adalah 269,512 orang berbanding 247,089 untuk tempoh sama pada 2016 iaitu peningkatan sebanyak 8.32 peratus.

    Sementara itu bagi Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Mohammad Raffee Abdul Wahab pula, mereka masih menunggu kata putus daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai pelaksanaan atau kriteria untuk pelancong yang menginap di rumah bot.

    “Sebelum Tasik Kenyir diumumkan sebagai Zon Jualan Bebas Cukai pun tempahan untuk rumah bot memang menggalakkan apatah lagi selepas kewujudannya…kami sangat optimis bahawa tempahan pada masa akan datang akan terus meningkat kerana kehadiran pelancong bukan disebabkan membeli belah semata-mata.

    “Sudah pasti mereka juga ingin merasai pengalaman ‘bermesra’ dengan kelah dan gajah serta berkunjung ke Taman Herba atau Taman Orkid ketika berada di sini…sudah pasti kami akan terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelancong agar mereka pula membantu mempromosikan kawasan ini,” katanya.

    Sementara itu, pemilik Rumah Bot Ratu Kenyir, Salfuan Sani Abdullah, 38, berkata beliau menjangka peningkatan sebanyak 30 peratus tempahan menggunakan perkhidmatan itu hingga akhir tahun ini.

    “Kami jangka pelancong akan menghabiskan masa setengah hari untuk membeli belah dan baki percutian mereka, mungkin satu atau dua malam akan digunakan untuk menikmati keindahan Tasik Kenyir dengan menaiki rumah bot.

    “Kami sangat gembira dengan kejayaan kerajaan melaksanakan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir ini kerana ia akan meningkatkan jualan penginapan pengusaha rumah bot di kawasan ini,” katanya yang yakin lebih ramai pelancong akan datang menjelang cuti persekolahan tidak lama lagi.

    — BERNAMA

  • #758
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    cantik tasik ni

  • #910
    juong
    juong
    Participant
    • Traveller
    • ★★

    aku pernah pergi sini dulu2, memang cantikkk. tapi tak pernah cuba lagi naik bot pusing-pusing tasik kenyir. akan datang mungkinkah? haha

You must be logged in to reply to this topic.