Suhu Sydney paling panas hari ini sejak 1939

Forum Travel News and Discussion Suhu Sydney paling panas hari ini sejak 1939

Tagged: 

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Farid Farid 10 months, 1 week ago.

  • Author
    Posts
  • #1079
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    Suhu Sydney paling panas hari ini sejak 1939

    Keadaan di pantai Sydney, Bondi Beach. -Foto Reuters

    SYDNEY – AUSTRALIA. Bandar ikonik Australia, Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 79 tahun.

    Kata BBC, suhu di Sydney hari ini mencecah 47.3 darjah celcius dan disahkan jabatan meteorologi Sydney.

    Keadaan cuaca ekstrim mengakibatkan beberapa perlawanan sukan terhenti, antaranya tenis dan kriket.

    Pemain tenis Perancis Kristina Mladenovic yang sedang melawan atlet Australia Ellen Perez terpaksa menyerah kalah akibat cuaca panas.

    “Saya minta maaf dan saya rasa ini kali pertama saya menyerah kalah sebab cuaca,” kata Kristina di Twitter.

    Sementara itu, kerajaan tempatan telah mengeluarkan amaran kebakaran dan mengharamkan sebarang aktiviti melibatkan pembakaran buat sementara waktu.

    Semalam, beberapa kebakaran kecil yang dilaporkan berlaku di Victoria dan South Australia berjaya dikawal sepenuhnya.

     

    Bernama

You must be logged in to reply to this topic.