Masjid bergerak untuk Olimpik Jepun

Forum Travel News and Discussion Masjid bergerak untuk Olimpik Jepun

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Zen Zen 3 months, 1 week ago.

  • Author
    Posts
  • #2143
    Zen
    Zen
    Participant
    • Super Traveler
    • β˜…β˜…β˜…

    Tokyo: Sebuah trak 25 tan diubah suai menjadi masjid bergerak untuk memberi kemudahan umat Islam menunaikan solat sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Olimpik 2020.

    Masjid bergerak pertama yang diperkenalkan minggu lalu itu mempunyai keluasan 48 meter persegi dan boleh memuatkan 50 jemaah pada satu masa.

    Al-Jazeera melaporkan, badan trak terbabit diubah suai dan boleh ditarik keluar untuk menjadikan saiznya lebih lebar serta boleh ditempatkan di lokasi berbeza mengikut keperluan.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yasu Project, Yasuhara Inoue, dia bimbang kemudahan itu mungkin tidak mencukupi untuk umat Islam terutama apabila negara itu menganggap dirinya sebagai sebahagian daripada komuniti antarabangsa.

    β€œSebagai negara yang terbuka dan ramah, kami ingin berkongsi idea β€˜omotenashi’ (hospitaliti Jepun) dengan orang Islam,” katanya dalam satu temuramah baru-baru ini.

    Inoue berkata, dia mendapat idea untuk membangunkan projek itu ketika menghadiri lawatan ke Qatar empat tahun lalu.

    Katanya, mereka pada mulanya menyasarkan untuk menyediakan kemudahan itu di acara sukan di Jepun dan luar negara.

    β€œSaya pasti berasa gembira sekiranya rakyat Indonesia, Malaysia, Afrika, Asia Barat serta pelarian dari Syria dapat menggunakan masjid ini sebagai satu usaha mempromosikan keamanan dunia,” katanya.

    Manakala NHK melaporkan, trak yang menelan belanja AS$900,000 (RM3.65 juta) itu turut dibangunkan bersama pengeluar kereta di Yanai, wilayah Yamaguchi.

    Firma itu turut dibantu pelajar luar negara di Universiti Yamaguchi yang memberi nasihat dan menguji trak berkenaan.

     

    Credit: hmetro; paultan

You must be logged in to reply to this topic.