Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong

Forum Travel News and Discussion Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong

Tagged: 

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by Farid Farid 1 year ago.

  • Author
    Posts
  • #1062
    Rahman
    Rahman
    Moderator
    • ★★★

    PORT DICKSON: Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong di pantai peranginan di sini bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terutamanya kes lemas.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata beliau menyasarkan peningkatan kedatangan pengunjung yang luar biasa di pantai Port Dickson hingga hujung tahun ini berikutan menjelang musim cuti sekolah tidak lama lagi.

    “Hotel-hotel di Port Dickson juga sentiasa dipenuhi pengunjung lebih-lebih lagi banyak tarikan baharu telah diusahakan di bandar ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menyampaikan bantuan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD) di sini hari ini.

    Antara tarikan baharu yang menjadi tumpuan termasuk Galeri Art Alive 3D, Rumah Terbalik, Rumah Hantu, PD Wall Street Art serta pembukaan beberapa pusat beli-belah dan hotel.

    Sementara itu, mengulas mengenai tular kemunculan buaya di Pantai Port Dickson baru-baru ini, beliau berkata ia merupakan kejadian lama yang ditularkan kembali dalam laman sosial.

    “Berita itu tidak perlu dijadikan isu lagi kerana tiada kejadian sepertinya baru-baru ini…yang penting ibu bapa perlu menjaga keselamatan anak-anak mereka ketika bermandi-manda di pantai,” katanya.

    Pada 15 Nov lepas, beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan kehadiran buaya yang didakwa dilihat di pantai Tanjong Gemok dan perairan Kuala Lukut tular dalam laman sosial Facebook.

    Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dilaporkan berkata tidak menerima laporan mengenai kehadiran reptilia itu di sekitar perairan pantai peranginan daerah berkenaan.

    Terdahulu, Tun Hairudin menyampaikan sumbangan kepada 50 murid sekolah SKPD bagi meringankan bebanan ibu bapa dalam persediaan persekolahan murid khususnya yang kurang berkemampuan.

    “Bantuan sumbangan berupa beg sekolah, botol air minuman, alat tulis dan pensil warna ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan yang benar-benar susah,” katanya.

    Turut hadir Guru Besar SKPD Maimunah Samek.

    — BERNAMA

  • #1067
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    parents please take note

You must be logged in to reply to this topic.