Free ke Zoo Negara kepada December Baby

Forum Travel News and Discussion Free ke Zoo Negara kepada December Baby

Tagged: 

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Farid Farid 2 months, 3 weeks ago.

  • Author
    Posts
  • #1066
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★


    Tiket masuk percuma ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) ditawarkan kepada pengunjung yang menyambut harijadi dari 1-31 Dis tahun ini. — Foto Bernama

    KUALA LUMPUR, 4 Dis — Zoo Negara menawarkan tiket kemasukan percuma buat warganegara Malaysia yang menyambut harijadi dari 1-31 Dis tahun ini.

    Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata tiket kemasukan percuma termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) itu ditawarkan kepada pengunjung yang datang pada hari lahir mereka berkenaan sahaja.

    “Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC.

    “Promosi berkenaan adalah bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara terutamanya ketika cuti persekolahan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma itu. Pengunjung hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu.

    “Bagi mereka yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21,” katanya.—Bernama

You must be logged in to reply to this topic.