Ejen pelancongan disaman gara-gara penipuan pakej umrah

Forum General Discussion Ejen pelancongan disaman gara-gara penipuan pakej umrah

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Zen Zen 1 year, 4 months ago.

  • Author
    Posts
  • #757
    Zen
    Zen
    Participant
    • Super Traveler
    • ★★★

    mahkamah

    Ejen pelancongan disaman gara-gara penipuan pakej umrah
    Mahkamah mengarahkan Jamlee membayar saman sebanyak RM500 serta penjara lima hari jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan. – Gambar hiasan

    AYER KEROH: Padah menyalah guna wang perbelanjaan yang diserahkan bagi mengerjàkan ibadah umrah, seorang ejen pelancongan diarah membayar saman sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

    Perintah saman atas 14 pertuduhan terhadap Jamlee Mohd Zid, 46, itu dikeluarkan Majistret Mohd Firdaus Salleh.

    Mengikut kesemua pertuduhan, Jamlee serta syarikat miliknya, J&J Travel & Tours Sdn Bhd gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk membayar semula wang gantian kepada tujuh orang pelanggannya yang masing-masing berdepan kerugian RM4,570 hingga RM8,000 dalam tempoh 14 hari.

    Kesalahan itu dilakukan di Wisma Persekutuan, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Melaka sekitar 4 Jun 2012 hingga 12 November 2012 lalu.

    Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

    Jamlee yang yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan tidak menyempurnakan pakej umrah yang diamanahkan pada 2012 lalu, bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan kes berkenaan hari ini.

    Mohd Firdaus pada penghakimannya hari ini mengarahkan Jamlee membayar saman sebanyak RM500 serta penjara lima hari jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan.

    Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Sallim Wahid.

    Ref: astro awani

You must be logged in to reply to this topic.