Beli Travel insurans secara online

Forum Travel Guide & Advice Beli Travel insurans secara online

This topic contains 4 replies, has 4 voices, and was last updated by nabil fayyadh nabil fayyadh 9 months, 1 week ago.

  • Author
    Posts
  • #574
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    Kalau korang biasa dengan Lazada. (membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk)

    Korang boleh beli travel insurance secara online dengan satu klik.

    di SINI

    Lazada AIG Insurance

    Sebagai contoh nak pergi Bali selama 5 hari, jangan lupa beli travel insuran

    pilih la Insurans travel asia (1-5 days), baru RM35 sahaja. beli saja dari phone/pc, lepas tu akan dari pihak seller AIG akan hantar email.

    perlu aktifkan dari detail email diberi.

    Product details of AIG Travel Insurance – Asia (1-5 days)
    Whether you are on a tropical adventure, backpacking around the world or visiting a friend overseas, AIG Travel Insurance helps you worry less throughout your journey.

    Key Features_Travel.png

    SOB_Travel.png

    LOGO Activation.png

    Flow1.png

    Pentingnya mengambil insurans

    1. Jatuh sakit di negara orang

    travel-insurance-1

    Bukan sakit demam biasa tau. Tapi serius punya sakit sampai kena masuk hospital.Anything can happen bro.

    Contoh paling mudah yang pernah jadi kat kawan saya; tiba-tiba sakit perut memulas-mulas masa travel sampai kena pergi hospital. Bila diperiksa, rupa-rupanya appendix dia dah kritikal dan kena lakukan pembedahan segera.

    Jika tak ada insurance korang tahu lah apa jadi kan? Apatah lagi jika korang travel ke negara yang mana matawangnya lebih tinggi daripada Malaysia. Paling mudah bagi contoh hospital di Australia. Kat sana no insurance no talk bro.

    2. Emergency and medical evacuation services (kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan)

    travel-insurance-3

    Kos yang terlibat adalah bagi kes-kes kecemasan. Contoh paling mudah katakanlah korang travel ke kawasan pedalaman di Tanah Besar China. Naik bas dan lalu di cerun-cerun dan lereng gunung.

    View tak payah ceritalah. Marvellous. Tapi tanpa diduga bas terbabas masuk gaung. Ada yang cedera dan ada yang innallillah.

    Inilah waktunya insurans jadi penting. Andai kata korang terselamat tapi cedera. Nak selamatkan korang memang ambil masa sebab pasukan penyelamat perlu turun ke bawah.

    Dah berjaya diselamatkan, korang perlu di hantar ke hospital dengan segera. Jika ada insurance cover, inilah masanya segala kos yang terlibat akan dibayar oleh pihak insurans.

    Begitu juga kos dan caj rawatan di hospital. Biasanya kos rawatan di luar negara memang berganda sebab korang bukan rakyat negara tu. Jika di Malaysia boleh lah masuk hospital kerajaan. Tu pun ada yang bising kena bayar seringgit caj register. Eh?

    Bukan itu saja. Adakala special arrangement perlu dibuat kerana faktor kesihatan dan medical equipment yang perlu disediakan sewaktu membawa korang balik ke Malaysia. Orang sakit ni adakala macam-macam peralatan perlu disediakan untuk dia sorang je.

    3. Repatriation of mortal remains (kos membawa pulang jenazah)

    travel-insurance-2

    Jika nak pilih cover untuk repatriation of body remain, selalunya saya pilih yang bagi unlimited cover. Unlimited cover bermakna apa saja kos yang terlibat untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.

    Kos nak bawa balik jenazah memang mahal. Apatah lagi jika kemalangan berlaku di tempat yang jauh di pedalaman dan perlu libatkan beberapa jenis pengangkutan yang berbeza.

    Nak bawa balik ke Malaysia pula mana boleh naik flight kelas ekonomi lagi. Kena masuk kontena dengan penyejuk beku. Lain cajnya tu. Huhu.

    Itu belum lagi dikira kos dan caj membersih dan menguruskan jenazah sebelum dihantar balik ke Malaysia.

    Baru saja beberapa hari lepas berlaku kes 2 traveller Malaysia lemas di Indonesia. Kos bagi membawa jenazah mereka dari Indonesia ke Malaysia saja sudah melebihi RM10K untuk setiap seorang. Itu baru dari negara seberang bro. Bayangkan jika dari UK, Rusia, Australia. Mesti lagi mahal kos yang perlu dikeluarkan.

    3. Extreme sports and hazardous activities (sukan ekstrim dan aktiviti berbahaya)

    travel-insurance-6

    Yang ini dalam standard cover tak ada disediakan. Korang kena beli tambahan dan bayar extra. Ia dipanggil additional cover atau extension of cover dalam bahasa insurans.

    Contoh hazardous activities adalah bungee jump, skydiving, cliff jumping, winter sports, mountaineering. Geng panjat gunung dan hiking sila take note weh!

    Bila berlaku kemalangan sewaktu lakukan aktiviti berbahaya begini, meskipun korang ada beli travel insurance tapi tak ambil additonal cover for hazardous activities, ia bagai tak ada gunanya.

    Jadi jika korang dah rancang dari awal nak buat bungee jump, skydive, scuba divingdan apa-apa aktiviti yang tergolong sebagai hazardous, silalah tambah additional cover for extreme sports and hazardous activities dalam travel insurance korang.

    4. Bencana alam

    travel-insurance-7

    Bencana alam bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Banjir, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan letusan gunung berapi boleh buat kita terperangkap berminggu-minggu di rantau orang.

    Silap gaya flight balik korang pun boleh terlepas gara-gara kejadian tak diduga begini. Di situasi beginilah insurans sangat penting kerana kos yang terlibat boleh menjadi berkali ganda dan kita boleh claim semula dengan syarikat insurans.

    Ingat kes tersadai di Lombok tahun lepas gara-gara Rinjani meletus? Jika korang ada travel insurance, at least boleh claim balik kos-kos yang perlu dibayar semasa korang terperangkap di sana.

    Antaranya kos penginapan, makan minum, extra transportation cost dan juga tiket balik ke Malaysia jika korang perlu beli tiket flight lain dengan cara pergi ke Bali. Yang ini kenalah korang rujuk dengan syarikat insurans untuk info yang lebih terperinci.

    travel-insurance-4

    Kes-kes lain seperti passport hilang, beg dan duit kena curi, flight delay, itu semua juga turut dilindungi oleh travel insurance.

    Tapi bagi saya kes-kes begini taklah begitu kritikal meskipun kerap terjadi sebab ia tak melibatkan kos yang sangat tinggi dan kerugian yang besar berbanding 4 risiko di atas.

    Ref:  http://www.lazada.com.my;  https://www.thevocket.com/risiko-tiada-travel-insurans-semasa-travel/

     

  • #579
    giller_87
    giller_87
    Moderator
    • ★★★

    Kalau pergi 2 negara dlm masa yg sama, sy perlu apply berasingan ke

  • #580
    Farid
    Farid
    Keymaster
    • ★★★★

    itu bergantung kepada pakej syarikat insurans tu,

    kadang2 ada pakej (1 person for 1 country travel)

  • #891
    Rahman
    Rahman
    Moderator
    • ★★★

    selama ni, ingat tak penting ambil insurans travel. Penting rupanya bila apa2 terjadi pada kita dkt negara org.

    Sekarang beli insurans pon senang sangat.

    Beli kat Lazada je..haha

  • #909
    nabil fayyadh
    nabil fayyadh
    Participant
    • Traveller
    • ★★

    senang la lepas ni, xyah tercarik-carik. dalam lazada pon ada..haha

You must be logged in to reply to this topic.