Tips Backpack ke Seoul, South Korea [Winter]

Tips Backpack ke Seoul, South Korea [Winter]

Sekarang ni, dah macam jadi trend dah, pergi backpack je melancong. Senang, tak terikat dengan mana² pihak atau agen. Kebebasan masa dan pemilihan tempat pon ada. So, saya nak share sikit tips² yang saya rasa berguna untuk orang yang nak travel ke South Korea time winter. Yela, dah nama pun backpack, confirm²la bajet pun rendah. >.<” Jimat kat mana² part yang patut. Yang penting, time melancong, kenalah enjoy. 😀 Tengok culture orang lain. Owh, btw, ramai gila orang Malaysia pergi sana holiday. Haha. So, jangan malu² nak bertegur sapa. Rasa rapat je ngan orang Malaysia bila ada kat negara orang. :’)



SEBELUM TRAVEL

1. Travel mate

– Cari someone yang kita memang rapat & kenal perangai dia. Travel backpack sama² sangat mencabar bila kita tak kenal travel mate kita tu. Kadang² dorang ni sangat² selfish. =.= So, benda ni sangat² penting dan perlu diambil kira sebelum beli tiket flight.
2. Tiket flight
– Beli awal² ataupun time ada promosi. Sekarang ni kan, zoloft Canadian banyak je airlines yang tawarkan tiket yang murah². Tak semestinya AirAsia je, banyak lagi. Kadang² kena beli setahun sebelum nak pergi. >.<” Owh, btw, beli terus luggage, korang nak berapa kilo. Nanti, bila sampai kat tempat timbang tu, terlebih 1kg, banyak hoi nak kena bayar. =.=
3. Tempat tinggal
– Lepas da setelkan tiket flight, baru boleh nak usha² and book tempat tinggal. Sebab kita dah tahu tarikh sampai dan tarikh balik. Itaewon adalah pilihan yang tepat untuk menginap since as a Muslim, banyak sangat makanan halal kat area situ. Subway pon dekat, senang nak berjalan².
4. Download apps: SubwayKorea

– Korang memang kena download apps untuk Subway dorang. Kalau semata² pergi sana, senonong je tak download apps, memang boleh, tapi, merana jiwa raga la. Banyak gila line, berselirat, nak tukar line, etc. If korang download apps tu, at least, dia bagitaw korang, nak pergi ke tempat tu camne, nak kena tukar line kat station mana. 😀


5. Makanan

– If korang memang nak pergi South Korea, tapi bajet ciput, bolehlah prepare makanan daripada Malaysia. So, jimat sikit. Contohnya macam biskut, Brahim’s, gula², maggi, etc.

6. Telekung
– Untuk perempuan, sila bawa telekung. Time jalan², boleh je pakai baju yang korang pakai time jalan² tu; selagi mana pakaian korang tu menutup aurat, cuma bila dah sampai kat tempat penginapan tu lebih selesa kalau pakai telekung.

7. Botol air kosong
– Since kat sana, semua toilet takde paip air, korang kena prepare awal² botol air kosong untuk masuk toilet. >.<” Kalau guna inflatable water bottle, lagi bagus! 😀
8. Baju & seluar (biasa)
– Since waktu winter/musim sejuk, kita kurang berpeluh, so, baju pon boleh bertahan banyak hari. So, bajet²la satu (1) pasang baju ngan seluar untuk dua (2) hari. Boleh kurangkan berat beg yang kita nak bawa tu.
9. Baju & seluar (winter)
– Selalu semua orang cakap, nak pergi jalan² kat South Korea waktu winter, mencabar sikit sebab kat sana memang sejuk gila. Boleh sampai -20°C. Most of them ada cakap, kena beli long john la, jaket la, hot pack la, winter boots la, gloves la, stokin la, etc. But untuk kita yang memang nak travel bajet ni, nasihat saya, satu je. Kat Malaysia, semua benda² tu mahal. Jaket je dah up to RM400 time survey hari tu. So, better beli semua benda² ni kat sana, sebab lebih murah. Tapi, untuk bertahan kat sana sebelum beli apa yang patut, Method of administration motilium online and dose boleh guna pakai suggestion kat bawah ni. 😀
– Long john: beli baju (RM39.90) ngan legging (RM19.90) HeatTech kat UNIQLO. Beli time sale, dapat murah sikit. Beli sepasang je cukup. Ataupun, tak payah beli, pakai je apa yang ada; tight ngan baju sweater korang yang tebal² tu.
– Jaket: beli kat Cameron Highland. (RM30.00) Ataupun, pakai je jaket korang yang agak² tebal gila and ada bulu² kat dalam.
– Hot pack: tak payah beli kat Malaysia. Sia² je. =.=
– Winter boots: tak payah beli kat Malaysia. Pakai je kasut sukan yang sedia ada. Asalkan tutup semua. Jangan pakai training punya sport shoes yang ada lubang² tu.
– Gloves: beli yang boleh guna untuk touch screen kat Daiso. (RM5.30)

– Stokin: beli winter socks kat Daiso. (RM5.30)

10. Tukar matawang South Korean Won (KRW)
– Senang kata, semua tempat dia jual KRW 1000. Takde maknanya dia nak jual KRW 1. >.<” KRW 1 tu macam ibarat takde nilai pon kat South Korea. Matawang dia paling² kecil yang saya pernah jumpa pon KRW 50. Hoho.
– Tukar kat Nu Sentral. Time survey hari tu, kalau tukar kat Nu Sentral paling untung. Tapi korang boleh je survey kat area The Mines ngan Mid Valley. Banyak blog recommend kat sana juga. 😀
Matawang South Korean Won & T-Money
11. Bawa sepit IKEA
– Untuk sepit makanan korang, tak kan nak jalan² dengan packing biskut yang dah terbuka; masuk angin ke, tumpah ke. Ye tak? Nak guna getah pon boleh, tapi sepit IKEA macam lebih berkesan. Hehe! 😛
Credit: Google
12. Research/Itenary
– Buat research and susun itenary korang sendiri. 😀 Tak susah pon, Google je.
WAKTU NAK NAIK FLIGHT DARIPADA MALAYSIA
1. Pakai baju biasa je. Cuma jaket ngan gloves tu, letak dalam hand luggage; yang korang bawa naik atas flight tu. Nanti dah sampai kat sana, boleh terus pakai, senang nak ambil.
2. Pastikan time packing² barang, pastikan semua jenis liquid, termasuk moisturizer, botol air, etc, yang melebihi 100ml ada dalam luggage yang masuk kargo; yang kena check-in tu. Kalau tak, korang kena tinggalkan dia kat airport. 🙁
3. At least sampai kat airport 2 jam sebelum. Kang berkejar² sebab pintu platform dah nak tutup. Yela, time nak check-in/baggage drop tu selalunya ramai orang beratur. Better sampai awal untuk elakkan berkejar² ni. 😀
4. Passport pon letak dalam hand luggage. Sebab asyik nak kena guna je passport tu.
5. Bawa pen, senang nak isi borang pape. If possible, letak dalam hand luggage. Nak guna nanti senang.
WAKTU SAMPAI KAT AIRPORT SOUTH KOREA
1. Time dalam airport, tak sejuk mana pon. So, boleh je teruskan berjalan sampai kat Imigresen dorang. Tak payah nak pakai jaket bagai.
2. Sebelum beratur tu, kat kaunter tepi dinding dia ada sediakan satu borang, Arrival Card. Tolong isi sebelum beratur oke? Kang tak pepasal, korang dah sampai kat kaunter tu, tapi tak isi borang, kena beratur lagi sekali.

3. Time ambil bagasi tu, dia ada lagi satu kaunter, korang kena isi Custom Declaration. So, kena isi dulu sebelum keluar. Kang dia suruh korang beratur balik. >.<”

Arrival Card & Custom Declaration

SEMASA TRAVEL
1. Beli T-Money
– T-Money ni macam Touch N’ Go kat Malaysia. Boleh beli kat airport. Cari je mana² convenience store, beli kad tu. Harga dia KRW 4000. Dalam tu takde isi.
– Nak topup, cakap je kat orang tu nak topup berapa. Korang tak payah risau, kalau ada duit lebih dalam T-Money tu time nak balik Malaysia, boleh refund balik, asalkan baki kat dalam kad tu ada at least KRW 500; boleh refund balance je, kad tu tak boleh refund, so boleh simpan jadi souvenir. Banyak cara boleh topup, sama ada kat convenience store ataupun kat machine. Mana² pon boleh.
– T-Money ni boleh guna kat mana², daripada transport, beli barang kat kedai, telefon orang, banyak benda boleh guna T-Money. Macam duit digital.
2. Beli WiFi
– Tak semestinya kena beli WiFi egg tu. Cuba try tanya kat convenience store tu, dia ada jual pin number untuk WiFitak? Macam internet provider yang famous kat South Korea; olleh, iptime, T-WiFi, etc. Sebab kat mana² pon, provider ni ada provide WiFi. Tinggal masukkan nombor pin je.
– Tak nak beli pon takpe, optional. Sebab almost semua tempat ada FREE WiFi. Lagi² kalau tempat tu tourist attraction. Kat tempat penginapan, almost semua tempat ada provide WiFi. 😀
3. Beli Hot Packs
– Beli kat convenience store kat airport. Beli lah dulu 2 paket. Letak dalam poket jaket tu. Boleh panaskan tangan.

– Cara nak guna: goncang²kan packs tu, pastu genggam dia dalam poket jaket. Tak lama lepas tu, panasla dia. 😀

Beli kat 7-Eleven.
4. Guna apps: SubwayKorea
– Ha, korang guna la apps ni sehabis mungkin. Dia boleh guna offline, so, tak payah risau.
5. Beli kelengkapan Winter
– If korang guna suggestion kitorang, pakai kasut sukan, guna baju sedia ada, etc, boleh terus pergi kat market² dorang untuk beli barang² ni.
– Winter boots: Myeongdong Market – dalam Subway (KRW 10000), Dongdaemun Market – dalam Subway (KRW 10000).
– Winter socks: yang Daiso punya tu macam boleh tahan je. If korang nak beli juga kat sini, boleh cari kat semua market yang ada. Harga dia range dalam KRW 1000 – KRW 2000.
– Gloves: yang Daiso punya macam oke je. If korang rasa macam tak tahan, dan kebetulan korang nak main snow, boleh beli gloves yang kalis air. Yang ni, harga dia saya tak berapa pasti.
– Long John: baju – susah sikit nak cari, tapi beli je baju yang ada bulu², harga dia dalam KRW 10000. seluar – yang ni senang nak cari, harga dia dalam range KRW 3000 ≈ KRW 10000. Depends kat ketebalan dia.
6. Masjid (Seoul Central Mosque)
– If korang teringin nak pergi masjid kat sini, boleh pergi ke station Itaewon, exit 3. Jalan terus, jumpa kedai Dunkin Donuts ngan Mr Kebab, belok kanan, jalan terus sampai nampak satu sekolah rendah (dinding dia bata kaler merah-maroon), belok kiri, jalan terus je, patutnya korang da nampak da tiang masjid tu. Masuk ikut pintu gerbang yang macam terowong tempat turun kereta tu. 😀

Seoul Central Mosque
7. Makanan Korea
– Area makanan yang halal, kebanyakkannya kat Itaewon. Restoran yang paling recommended kat sini, EID! 😀 Sedap gila. Memang orang Korea yang masak, tapi, korang tak payah risau, sebab waiter dia orang Malaysia. Tak payah nak risau² sebab tak pandai cakap Korea bagai. >.<”
– EID dekat je ngan masjid. Jalan terus je daripada pintu gerbang tu, pastu kedai tu ada kat belah kiri. EID ni kecil je, so, jangan sampai terlepas pula. 😀
Eid @Itaewon
8. Street Food
– Kebanyakkan street food ada kat area Myeongdong Market. Banyak juga yang kita boleh makan. Wuhhuuu!

– Chicken’s Egg Bread (gyeranppang): KRW 1000 – KRW 1500, fried squid & shrimp: KRW 5000, Carp Fish Bread (bungeoppang): KRW 1000/3pcs – KRW 3000/1pcs, cheezy crab: KRW 3000, Korean pancake (hotteok): KRW 1500, steamed bun (hoppang): KRW 1000, etc. Basically, banyak gila yang kita boleh makan. 😀

Cheezy Crab @Myeongdong Market
9. Souvenir/Shopping
– If korang nak beli souvenir/shopping, depends juga apa yang korang nak beli. Sebab lain tempat, barang yang sama, lain harga. And korang jangan terkejut pula, bila orang Korea cakap Melayu ngan korang. Haha.
– If korang jenis yang kaki shopping, bila korang memang nak beli, beli banyak². Sebab kat South Korea, bila kita beli barang lebih daripada beberapa ribu, boleh dapat tax refund. Untung kan? 😀 Macam mana nak tahu dapat tax refund ke tak, boleh je tanya orang tu, ataupun dia bagi borang Tax Refund. Boleh refund kat Kastam Korea.
* Price yang saya tulis kat bawah ni, harga yang paling murah dan paling banyak harga barang yang range macam tu *
– Sudu ala Korea: Insadong Market (KRW 5000 untuk lima (5) batang sudu).
– Beg ala Korea: Insadong Market (KRW 10000)
– Souvenir traditional (beg, keychain, pen, etc): Namdaemun Market – kena masuk kat bahagian baju² dalam bangunan, bukan dekat jalan (KRW 5000 untuk sepuluh item; barang² terpilih je)
– Brooch: Namdaemun Market – kena masuk dalam bangunan hijau-putih; Lendang (2F) (KRW 1000 – KRW 3000)
– Face masks: Myeongdong Market (KRW 10000 untuk dua puluh (20) keping masks)
– Moisturizer: Myeongdong Market (KRW 1800)
– Fridge magnet: Namsan Tower (KRW 1000 – KRW 3000)
– Baju: Myeongdong Market (KRW 10000), Dongdaemun Market (KRW 7000 – KRW 10000), in between subway line transfer (KRW 5000).

Lendang @Namdaemun Market

10. Tourists Attraction
– Namsan Tower: boleh pergi dengan tiga (3) cara; cable car (KRW 8000 – return), naik bas ataupun jalan kaki.
– 63City: turun kat Yeouinaru, exit 4. Jalan terus, tunggu kat bus stop, ambil bas nombor 11.
– Seoul Central Mosque: turun kat Itaewon, exit 3. Jalan terus, nampak Dunkin Donuts ngan Mr Kebab, belok kanan, terus je sampai nampak sekolah rendah (dinding bata warna merah-maroon), belok kiri, jalan terus je.
– Ttukseom Hangang Park: turun kat Ttukseom Resort, exit 2. Turun tangga, jalan², jumpa taman permainan, terus lagi, belok kanan.
– Nami Island: turun kat Gapyeong, exit 1. Pastu naik teksi sampai jeti, beli tiket, then, naik feri.
– Gyeongbokgung Palace
– Namsangol Hanok Village
 Han River Stream

Nami Island
Gyeongbokgung Palace
Air View: 63-City
Han River Stream & Namsangol Hanok Village

11. Extra tips
– Kalau waktu tu snowing, pastikan korang berjalan hati², sebab kasut korang akan automatik jadi sangat licin. Lagi² waktu snow tu dah cair. Lagila korang kena menapak dengan hati². Kang terjatuh, naya. =.=
– Jalan kat South Korea berbeza dengan kat Malaysia. Kat Malaysia, jalan kita belah kiri, jalan dorang, belah kanan. So, if korang naik escalator, korang malas nak berjalan, sila rapat ke kanan, bukan rapat ke kiri.
– Sebelum beli barang, kalau korang betul² dah confirm nak beli, baru bargain harga ngan orang tu. Tak salah mencuba ye tak? Kalau dah bargain gila², jangan pula tak beli. Kang kena lesing ngan orang tu. >.<”
– Kat South Korea, sangat selamat kalau nak compare dengan Malaysia. If korang ada terdrop barang ke, apa ke, most probably, barang tu akan stay kat situ sampai korang datang balik.
– Time snow, cuaca kan sejuk gila. If korang memang dah tak tahan sangat², boleh masuk kedai buat² tengok barang sampai korang rasa panas. Kalau tak de kedai, masuk toilet pun jadilah, cari heater. Duduk depan tu sampai korang rasa sejuk.
– Ada satu mak cik ngan pak cik ni, dia jual Carp Fish Bread (bungeoppang) kat selekoh depan sekolah rendah yang menghala ke masjid tu, belilah ngan dorang. Dorang baik, dapat tiga (3) ikan harga KRW 1000. Kat tempat lain, mahal. Ada yang sampai KRW 3000 seekor, tapi besar sikit la daripada makcik ni punya.

Snowflakes! Never thought it’s real shape is like this! :3

WAKTU PACKING NAK BALIK MALAYSIA
1. Time nak balik, pastikan semua barang yang korang beli tu, simpan dalam luggage yang nak masuk dalam kargo. Lagi², barang² kosmetik tu. Macam face masks, moisturizer, shampoo, etc, yang melebihi 100ml, semua letak dalam luggage oke? Kang tak pepasal kena tahan ataupun kena bayar luggage lebih. Rugi².
2. Isi borang Tax Refund tadi.

Tax Refund

WAKTU NAK BALIK KAT MALAYSIA DARIPADA AIRPORT SOUTH KOREA
1. At least, ada kat airport dua (2) jam sebelum flight balik. Nak setelkan check-in luggage lagi, nak buat tax refund lagi.
2. Since nak check-in tu, banyak kaunter, terus direct je pergi kat Information Centre dia, tanya kat dorang, kaunter mana yang korang patut check-in. Kang berpusing² kat situ, habis masa. Malu bertanya, sesat jalan. Huhu.
3. Tax Refund tu, korang boleh buat time dah security check. Dekat area situ je. So, tak payah bersusah payah nak pergi cari kat kaunter luar. If rasa macam was², pergi je cari Information Centre, tanya. 😀

Have fun and happy holiday!

Credit: http://liana-ali.blogspot.com

You might also like …